Memaparkan catatan dengan label mempelam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mempelam. Papar semua catatan

Khamis, 8 Mei 2014

Kerabu Mempelam Dengan Kaki Ayam

Hari ni baru sempat nak godek Teratak Resepi Ummi... Menu ni dah dua hari lepas sebenarnya... Mula-mula tu nak buat kerabu kaki ayam, tapi my bonda cakap, "Pi la ambik buah pelam sebijik kat pokok." Saya pun cari la pokok yang berbuah, nasib baik la kat reban ayam Pak Lang Din pokok tu rendah ja... takyah guna galah untuk kait... Sebab tu la jadi kerabu mempelam ni..... Ni la hasil air tangan my bonda sebenarnya... Saya just sediakan bahan jer..... :)



Bahan-bahan :

1 biji mempelam(diparut)
10 pasang kaki ayam (direbus dan buang tulang)
1 inci halia
6 biji cili padi (dihiris)
1 kuntum bunga kantan (dihiris)
Sedikit suun (dicelur)
Sedikit kacang tanah (ditumbuk)
Garam dan gula secukup rasa


Cara-caranya :

Rebus kaki ayam hingga masak... Masukkan halia untuk hilangkan bau... Masukkan juga garam... Kena rebus lama sikit sehingga kembang supaya mudah nak ambil isinya nanti... tulang dibuang ye... Dah siap, ketepikan....

Mempelam diparut... cili padi dan bunga kantan dihiris.... Kacang tanah memang dah ada stok yang ditumbuk.... So, semua bahan dah cukup.... Gaulkan semua dan letakkan garam dan gula secukup rasa.... Ok, siap untuk dihidangkan...

Jumaat, 12 Oktober 2012

Garam Belacan a.k.a Colek... vs Mempelam Muda

Balik keja petang kelmarin, saya tengok kat dapur ada sebiji mempelam muda.... Kalau menyicah pun sedap jugak.... Sedang asyik tengok tv semalam, saya tengok bonda saya tengah kupas mempelam tu... Apa lagi yang ditunggu?? Jom masuk dapur buat garam belacan a.k.a colek nak cicah buah mempelam....



Bahan-bahan yang saya gunakan :
3 tangkai cili kering (bersihkan dan rendam dengan air panas~nak bagi cepat lumat masa tumbuk nanti)
Sedikit belacan
Kismis hitam (optional)
Garam secukup rasa
Gula secukupnya
Kicap secukupnya

Cara-caranya :

Masukkan cili kering, garam dan belacan ke dalam lesung batu dan tumbukkan hingga lumat.



Masukkan kismis dan tumbukkan hingga lumat... Biasanya saya gunakan buah kurma, tapi memandangkan stok kismis ja yang ada dalam fridge... maka, kismis la jadi sasaran.... Kismis atau kurma ni untuk memekatkan lagi garam belacan ni... Tapi kalau takda, takyah masukkan pun takpe....



Masukkan pula gula dan tumbuk juga.... Kuantiti gula bergantung kepada tahap kepedasan yang dikehendaki... Kalau nak pedas, kurangkan gula... Kalau nak kurang pedas, boleh tambah gula...


Last sekali, masukkan kicap dan sebatikan dengan bahan-bahan yang dah ditumbuk tadi....


Boleh letak dalam piring yang sesuai... 



Ok... boleh makan...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...