Dah lama tak postkan entri kat blog ni.... Kebelakangan ni agak sibuk, so teratak resepi ni pun semakin sepi..... Hari ni sempat curi masa sekejap untuk menghadap PC ni.....Kebetulan sekarang ni tengah cuti semester... jadi sempat la masuk dapur....
Hari ni saya nak titipkan satu resepi yang saya masak baru-baru ni.... :::Solok Lada:::
Actually, dah lama tak makan solok lada.... Dok tanya kat kedai yang jual nasi kerabu, takde la pulak dibuat solok lada ni.... Kebetulan semasa saya ke market pada hari Ahad baru-baru ni, ternampak cabai putih yang digunakan untuk buat solok lada ~sebenarnya saya pun tak tau nama cili ni, bentuk macam cili besar tapi warna putih, orang Kedah panggil cili = cabai.... orang Kelate panggil cili = lada~... So, saya sebut kat sini cabai putih je la no..... Nak try buat solok sebab dulu (satu dekad lebih dah) masa saya study kat Kelate, saya pernah ikut junior saya merangkap teman sebilik saya~Suziyani Mat Jusoh~ ke rumah dia di Ketereh... Mek dia buat solok lada.... Saya just try buat mengikut daya ingatan saya yang tak berapa dhobit ni..... ingat-ingat lupa.... Resepi yang saya gunakan adalah seperti kat bawah ni....
Solok Lada
resepi : rodzita
Bahan-bahannya :
10 biji cabai putih
5-6 ekor ikan kembung @ sebarang ikan yang sesuai (direbus ~ ambil isinya sahaja)
setengah biji kelapa parut
2 batang serai
3 ulas bawang merah
sedikit lada hitam
sebiji telur
garam secukup rasa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan