Rabu, 26 September 2012

Cendawan Goreng Bersama Sos Tiram


Cendawan Goreng Bersama Sos Tiram
resepi : rodzita

Bahan-bahannya :

Cendawan secukupnya
1/2 batang carrot (kalau carrot tu kecik ~ gunakan 1 batang)
1 biji telur
1 sudu besar sos tiram
Sedikit serbuk kunyit
1 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
Sedikit air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara menyediakannya :

Panaskan minyak.... Tumiskan bawang putih dan bawang merah sampai kekuningan.... Masukkan sedikit serbuk kunyit..... Masukkan sos tiram.... Masukkan carrot dan kacau.... Masukkan sedikit air supaya carrot cepat empuk.... Masukkan pula cendawan.... balik-balikkan cendawan dan carrot.... Masukkan pula telur.... Biarkan hingga telur masak, baru la dikacau dan dibalik-balikkan.... Jangan lupa masukkan garam secukup rasa.... Dah siap masak, bolehlah dihidangkan....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...