Assalamualaikum....
Hari ni saya nak kongsikan menu sarapan pagi ni.... karipap inti keledek.... Stok karipap kat umah kami selalunya import dari Taman Aman~made by Cik Yang... tapi memandangkan saya tak boleh makan karipap tu sebab letak udang kering, jadi saya merajinkan tangan ni untuk sediakan karipap keledek.... yang pentingnya, tak masukkan udang, ayam atau daging dalam intinya....
Layan gambar dulu no....
Bahan inti :
1/2 kg ubi keledek (potong dadu)
1/2 bungkus serbuk kari
3 ulas bawang merah (tumbuk/kisar kasar)
2 ulas bawang putih (tumbuk/kisar kasar)
2 tangkai daun kari
1 kuntum bunga lawang
Sedikit kulit kayu manis
Sedikit cili kisar (kalau nak pedas boleh tambah)
3 labu bawang besar (potong dadu)
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Sedikit air
Sedikit minyak
Sedikit daun sup (dihiris halus-tabur dan gaulkan dalam inti selepas inti disejukkan)
Bahan kulit :
250 g tepung gandum
2 sudu besar marjerin - panaskan (boleh juga letakkan semua minyak panas - tanpa majerin)
2 sudu besar minyak masak - panaskan
Secubit garam
1/2 cawan air atau lebih sikit (tuang sikit-sikit sehingga jadi doh)
(*Saya gunakan 500 g tepung gandum, jadi saya gandakan semua bahan)
Cara menyediakan inti :
Untuk menyediakan pes rempah kari, masukkan serbuk kari ke dalam bekas bersama air dan kacau sebati... ketepikan seketika....
Tumbuk/kisar kasar bawang merah dan bawang putih... Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih yang telah dikisar, kulit kayu manis, bunga lawang dan daun kari... Masukkan pes rempah kari dan sedikit cili kisar... masak sehingga pecah minyak... Masukkan ubi keledek yang dipotong dadu - masak hingga ubi empuk... Masukkan bawang besar yang dipotong dadu... kacau rata... Masak hingga bawang layu... Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa.... Kalau dah secukup rasa bolehlah di angkat dan sejukkan.... Setelah inti sejuk, taburkan daun sup yang dihiris halus dan gaul rata...
Untuk adunan ni, saya dapat lebih kurang 30 biji karipap....Lepas siap kelim malam tadi, saya goreng separuh masak semua karipap....
Pagi ni baru gorengkan sehingga garing... Makan panas-panas memang sedap dan menyelerakan... Alhamdulillah....

Cara menyediakan kulit karipap :
Saya gunakan resepi yang Kak Fizalgk kongsikan dalam resepi karipap sardin...
Campurkan tepung, marjerin dan minyak masak yang telah dipanaskan (untuk mendapatkan kulit karipap yang rangup). Gaul rata guna sudu sebab panas. Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit-sedikit. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
Saya gunakan resepi yang Kak Fizalgk kongsikan dalam resepi karipap sardin...
Campurkan tepung, marjerin dan minyak masak yang telah dipanaskan (untuk mendapatkan kulit karipap yang rangup). Gaul rata guna sudu sebab panas. Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit-sedikit. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
Untuk adunan ni, saya dapat lebih kurang 30 biji karipap....Lepas siap kelim malam tadi, saya goreng separuh masak semua karipap....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan