Hujung minggu baru-baru ni, saya bersama suami dan anak balik ke kampung suami kat Lahar Buaya ~ Yusof kata Lahar Crocodile.... Di hari Sabtu yang indah itu, saya telah masakkan gulai tulang dengan rebung... Actually, kat rumah hanya tinggal saya dan adik ipar saya ~ Salwa ~ untuk sesi memasak sebab mak mertua saya pi menadah kitab kat Telok Bagan..... Bapa mertua pula beli tulang untuk dibuat gulai... Pokok buluh kat belakang rumah pun ada rebung dua, tiga batang.... So, apalagi??? kena la tunjukkan skill memasak yang ada walaupun sebenarnya tak berapa pandai sangat nak masak gulai ni..... Takpe, cuba dulu no...
Resipinya :
Tulang secukupnya
Rebung secukupnya
1 bungkus rempah kari daging
Kerisik (dari 1/2 biji kelapa) @ 1 bungkus
Air secukupnya
1 biji kelapa (diperah santannya)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan tumis :
Bawang dan halia yang ditumbuk ~ ambil sebahagian bahan tumbuk yang digaul dalam rempah
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
Kulit kayu manis
1 pelepah daun kari
Cara-caranya :
Gaulkan tulang bersama dengan rempah dan sebahagian bahan yang ditumbuk....
Panaskan minyak.... Kemudian tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau... Seterusnya, tuangkan rempah dan tulang yang telah digaul tadi..... Kemudian masukkan air dan rebus tulang bersama rempah sehingga daging pada tulang tadi lembut.... Masukkan kerisik... Actually, kerisik kat umah dah habis, jadi Salwa yang buatkan 1/2 biji kelapa... dan saya masukkan semuanya ke dalam gulai.... Masukkan garam....
Sambil-sambil tu, rebung dipotong dan dibersihkan.... Kemudian rebus rebung dan toskan.....
Bila daging dah lembut, masak lagi hingga rempah pecah minyak.... Kemudian masukkan santan... Lepas tu masukkan rebung.... Masak lagi hingga mendidih.... Sebelum tutup api... rasa garamnya dulu....
Alhamdulillah.... siap juga menu gulai tulang dengan rebung ni... Bolehlah dihidangkan untuk keluarga......Cam ni je la lebih kurang menu yang dapat saya sajikan....
Gulai Tulang Dengan Rebung
Resepi : rodzita
Resipinya :
Tulang secukupnya
Rebung secukupnya
1 bungkus rempah kari daging
5 ulas bawang merah | ditumbuk dan dibahagi dua..... sebahagian digaulkan bersama rempah dan tulang, sebahagian lagi ditumis... | |
4 ulas bawang putih | ||
1 inci halia |
Air secukupnya
1 biji kelapa (diperah santannya)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan tumis :
Bawang dan halia yang ditumbuk ~ ambil sebahagian bahan tumbuk yang digaul dalam rempah
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
Kulit kayu manis
1 pelepah daun kari
Cara-caranya :
Gaulkan tulang bersama dengan rempah dan sebahagian bahan yang ditumbuk....
Panaskan minyak.... Kemudian tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau... Seterusnya, tuangkan rempah dan tulang yang telah digaul tadi..... Kemudian masukkan air dan rebus tulang bersama rempah sehingga daging pada tulang tadi lembut.... Masukkan kerisik... Actually, kerisik kat umah dah habis, jadi Salwa yang buatkan 1/2 biji kelapa... dan saya masukkan semuanya ke dalam gulai.... Masukkan garam....
Sambil-sambil tu, rebung dipotong dan dibersihkan.... Kemudian rebus rebung dan toskan.....
Bila daging dah lembut, masak lagi hingga rempah pecah minyak.... Kemudian masukkan santan... Lepas tu masukkan rebung.... Masak lagi hingga mendidih.... Sebelum tutup api... rasa garamnya dulu....
Alhamdulillah.... siap juga menu gulai tulang dengan rebung ni... Bolehlah dihidangkan untuk keluarga......Cam ni je la lebih kurang menu yang dapat saya sajikan....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan