Khamis, 8 Mac 2012

Kurma Telur





Kurma Telur
resepi : rodzita

Menu ni saya masak khusus kerana memenuhi request anak teruna saya. Memandangkan saya tidak begitu mahir dalam menyediakan menu ni, so sebahagian resepi saya ikut je apa yang tertera pada bungkusan rempah kurma tu dan sebahagian lagi campak je ikut tangan ni.... Bukannya apa, kat umah ni takda badam.... Jadinya, resepi yang saya nak titipkan hari ni Kurma Telur ala Ummi Yusof....

Bahan-bahannya :

7 biji telur (rebus dan kupas kulitnya..pas tu kelar sikit)
1 bungkus rempah kurma
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
bunga lawang*
kulit kayu manis*
santan
cili merah (dimayang)
bawang besar (belah empat atau enam)
Minyak untuk menumis


Cara-caranya :
 
Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia. Sambil-sambil tu anaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan yang bertanda *..... Dah kuning bahan tumis tadi, masukkan rempah kurma..... Masak hingga pecah minyak.... Masukkan santan.... Masukkan telur rebus.... Masukkan garam secukup rasa.....




Masih kat atas dapur...saja nak tayang Tefal...:)


Setelah masak, masukkan cili merah dan bawang besar... Perlahankan api..... Dah layu cili dan bawang bolehlah ditutup api.... Pastikan rasa garamnya terlebih dahulu..... Akhirnya, bolehlah dihidangkan......

Saya hidang sebijik-sebijik... kalau nak lebih menarik telur boleh dibelah dua....






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...