Isnin, 22 April 2013

Sambal Sotong... menu mudah di hujung minggu

Sambal sotong ni menu hujung minggu baru-baru ni... Masakan yang mudah dan senang... Yang pentingnya, sedap dimakan...hehe.. Ok, resepinya kat bawah...


::SAMBAL SOTONG::

Bahan-bahannya :

1 kg sotong (dibersihkan)
15 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar (dihiris)
Air asam jawa secukupnya
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan tumis :
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih



Cara menyediakannya :

Blendkan cili kering, bawang merah dan bawang putih.... Panaskan minyak dalam kuali.... Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.... Masukkan bahan yang diblend tadi... Masukkan juga air asam jawa.... Biarkan di atas api... Kemudian masukkan garam dan gula... Masak sehingga pecah minyak.... Masukkan sotong dan kacau.... Kemudian kalau nak sambal banyak kuah, boleh tambahkan air dan masakkan sekejap hingga mendidih kuahnya.... Masukkan hirisan bawang besar dan kacau... Sebelum diangkat, rasakan dulu masam, masin dan manisnya.... Kalau tak cukup bolehlah ditambah.... Dah siap bolehlah dihidangkan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...