Rabu, 1 Ogos 2012

Cucur Ikan

Kelmarin saya bercadang nak beli kuih lapis kat Kubang Lembu sebagai juadah berbuka.... tapi, memandangkan Kak Am ~rakan sekerja yang juga rakan sekereta ke Arau~ bagitau yang kuih-kuih kat situ sudah agak kurang rasanya berbanding dulu maka saya pun membatalkan hasrat tersebut....


Jadinya, menu untuk berbuka kelmarin sangat simple dan cepat untuk disediakan.... Yang ada kat dalam fridge : ikan temenung rebus... Tak payah pikir panjang-panjang lagi dah.... apa lagi menunya?? Cucur Ikan...


Cucur Ikan
resepi : rodzita




Bahan-bahannya :-


8 ekor ikan temenung rebus (ambil isinya sahaja)
1/2 kg tepung gandum (lebih kurang je la... saya masukkan separuh daripada bungkusannya)
Sedikit daun kucai (dipotong lebih kurang 1 inci)
3 ulas bawang merah (dihiris)
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng


Cara-caranya :


Masukkan isi ikan, daun kucai, bawang dan garam ke dalam tepung.... Boleh juga kalau nak masukkan sayuran lain seperti taugeh atau carrot.... Kalau nak pedas boleh masukkan serbuk cili.... Tuangkan air sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga rata semua bahan tadi..... Jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik.... Setelah itu, panaskan minyak dan gorengkan sehingga garing..... Boleh dihidangkan begitu sahaja atau bersama dengan sos....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...