Rabu, 27 Jun 2012

Sotong Goreng Berlada Dengan Sos Tiram

Hujung minggu baru-baru ni agak sibuk... Dahlah demam pada hari Jumaat, hari Sabtu pula bekerja sebab ganti untuk cuti raya nanti.... Tapi, sempat jugak snap pic untuk entri kali ni.... Cuma, lambat sikit la postkan ke Teratak Resepi Ummi ni.... Menu yang saya nak titipkan kali ni ringkas dan mudah je... Sotong Goreng Berlada Dengan Sos Tiram... Resepinya saya titipkan di bawah ni....

Sotong Goreng Berlada Dengan Sos Tiram
resepi : rodzita

Bahan-bahannya :

500 gm sotong
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1.5 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu besar sos perisa tiram
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1 labu bawang besar ~ termasuk untuk hiasan
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit daun sup untuk hiasan


Sotong dibersihkan dan dipotong bulat-bulat... Panaskan minyak..... Kemudian, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik aromanya.... Masukkan serbuk lada hitam.... Kalau suka pedas, boleh ditambah lagi serbuk lada.... Masukkan pula sos tiram dan sedikit serbuk kunyit.... Masukkan pula sotong dan rebus sehingga masak.... Masukkan garam secukup rasa.... Akhir sekali, masukkan bawang besar dan masak sehingga bawang layu.... Setelah diangkat bolehlah ditaburkan dengan daun sup dan hirisan bawang besar sebagai hiasan....







Selasa, 26 Jun 2012

Cucur Badak

Actually, ni menu sarapan pada hari Khamis lepas.... (tapi lambat la pulak  postkan entri ni..) Entah angin rajin mana yang datang pada Rabu malam lepas, saya merebus ubi keledek untuk dibuat cucur badak... Intinya memang dah sedia ada kat dalam fridge... Dah lama dibuat, jadi saya panaskan aje..... So, resepi dan cara-caranya saya titipkan di bawah..... 


Cucur Badak
resepi : rodzita


Bahan-bahannya :
Ubi keledek secukupnya (saya gunakan keledek putih)
Sedikit garam
Air untuk merebus
Tepung gandum secukupnya

Bahan inti :

1/2 biji kelapa diparut*
4-5 tangkai cili kering*
3-4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 batang serai *
Sedikit jintan manis*
Sedikit lada hitam*
Udang segar / udang kering secukupnya
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit

Cara membuatnya :
Bahan-bahan inti yang bertanda * diblend.... Kalau suka inti yang kasar, takyah blend kelapa parut.... Masukkan semua bahan inti ke dalam kuali dan masak sehingga kering dan pecah minyak... Lebih kurang macam gambar kat bawah ni.....



Sebelum tutup api, kena la rasa dulu inti yang dah dimasak tadi supaya cukup masin dan manisnya... Biasanya, saya lebihkan sedikit gula untuk inti cucur badak....

Untuk kulitnya pula, bolehlah direbus ubi keledek yang diracik kecil-kecil.... ubi diracik kecil untuk mempercepatkan keempukannya (betul ke istilah ni???) supaya tak terlalu lama merebus... jimat tenaga sikit.... Masukkan sedikit garam.... 

Dah siap rebus.... toskan airnya dan lecek sehingga halus..... Kemudian masukkan sedikit tepung gandum dan uli hingga menjadi doh yang lembut... Saya lebih sukakan rasa ubi apabila makan cucur badak ... So, saya hanya masukkan sedikit tepung gandum....

Adunan dah tinggal separuh...
Ambil sedikit doh dan leperkan... Isikan intinya dan bentukkan doh tersebut... Letakkan di atas bekas / dulang yang ditabur tepung.... Ulangi langkah ini sehingga selesai....


Ada yang besor... ada yang kecik.... Maklum la masih amatur...

Panaskan minyak dan goreng hingga masak..... Saya goreng separuh masak je sebab tengah-tengah malam ni semua dah tidoq....



Pagi esoknya, barulah saya goreng dan jadilah cam kat bawah ni gambornya... :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...