Rabu, 29 Mei 2013

Sayur Bayam + Cendawan Tiram dengan Udang Lipan

Saya dan Yusof pi market pada cuti Hari Wesak baru-baru ni... Yusof nak beli udang lipan... Memandangkan ni time bulan penuh...rasanya udang ni ada isi kot... sebab kalau time awal bulan atau hujung bulan, udang ni kurang sikit isinya... So, saya pun beli RM 3.00... Balik ja umah, terus bersihkan udang dan rebuskan... Takda la nak masak menu special... memang biasanya kalau beli udang lipan ni... rebus dan ratah gitu ja... Kebetulan saya beli bayam satu ikat... tu yang masukkan sikit isi udang lipan ni... sayur rebus ja...takda tumis-tumis dah... kiranya ni salah satu daripada resepi menu sihat la...heheh


Sayur Bayam + Cendawan Tiram dengan Udang Lipan

1 ikat bayam (dipotong)
Cendawan tiram (dihiris)

Udang lipan direbus (ambil isinya sahaja)
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 ulas bawang merah (dihiris)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Hirisan cili besar


Cara penyediaan :

Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan rebuskan sehingga mendidih... Kacaukan... Jangan lupa pastikan rasanya sebelum diangkat... Kalau tak cukup masin boleh tambahkan garam... Setelah bayam layu, bolehlah diangkat dan dihidangkan...

2 ulasan:

  1. Best tgk sayur bayam ni..saya nak bust weekend ni nak follow resepi ni. Anak sy mmg suka sayur bayam ni. Mak dia ni xreti nak masak hehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...