Isnin, 17 Jun 2013

Gulai Ikan Yu dengan Terung


Hari ni nak publish resepi Gulai Ikan Yu Dengan Terung... Ikan yu ni adik saya beli 2 ekor tapi part isinya mak saya dah panggang beberapa hari yang lalu... Yang tinggal dalam peti ais ni cuma part ekor, kepala dan beberapa ketul isi... Terung pulak from Cameron Highland la...

Ikan yu perlu dibuang pasir pada kulitnya terlebih dahulu... kalau dimasak tanpa dibersihkan pasir tu, nanti pasir tu akan masuk ke dalam kuah... Memang tak sedap la gulai kita... Jadi, bersihkan dulu dengan air panas... Cara nak proses : Siang ikan dan bersihkan darah dulu... Sambil tu masak air hingga mendidih... Potong ikan yu kepada beberapa bahagian... Letak kat dalam bekas dan masukkan air panas tadi... Biarkan seketika... Ambil ikan dan gosokkan pasir yang melekat pada kulit ikan..

Yang saya masak ni, dikeluarkan dari peti ais ja.. dah siap diproses oleh mak saya... Resepinya kat bawah ye...


Gulai Ikan Yu Dengan Terung
resepi : rodzita


Bahan-bahan :

Ikan yu
1 bungkus serbuk rempah
1/2 biji kelapa (ambil santannya)
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sedikit air panas
Sedikit kerisik
2 biji terung (dipotong serong)
Air asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan tumis :
1 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
Sedikit halba campur
1 pelepah daun kari


Cara penyediaannya :

1.Bersihkan ikan terutama pasir kat kulit ikan yu... ketepikan...
2. Tumbuk bawang merah dan bawang putih...
3. Tuangkan serbuk rempah ke dalam bekas dan tuangkan air panas... Masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk...
4. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga kekuningan...
5. Masukkan rempah dan bawang tadi... Kacaukan...
6. Masukkan garam, air asam jawa dan sedikit kerisik... Kacaukan...
7. Masakkan semua bahan tadi sehingga pecah minyak...
8. Masukkan ikan yu yang telah dibersihkan dan masak seketika bersama rempah...
9. Masukkan santan... Kacau...
10. Masukkan terung... Biarkan di atas api sehingga ikan dan terung masak...
11. Rasa asam dan garam sebelum diangkat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...