Selasa, 23 Julai 2013

Kailan Goreng Ikan Masin

Hari ni nak publish menu berbuka yang mudah-mudah saja... Biasanya, saya sampai umah dah pukul 6.00 petang... Memang takdan la nak masak yang renyah-renyah ni... Selalunya bonda dah siapkan main dishes... Saya ni just buat yang simple ja la... Biasanya part saya adalah sediakan air asam atau goreng sayur ja... heheh

Ok, ni salah satu hidangan yang saya sediakan untuk berbuka puasa yer... Kailan Goreng Ikan Masin...

Pic tak berapa jelas la...

Kailan Goreng Ikan Masin
resepi : rodzita

Bahan-bahan :

1 ikat kailan (dipotong)
Sedikit ikan masin (dicincang halus)
Sedikit ikan bilis
Sos tiram (optional)
Kicap
Hirisan cili merah
Hirisan bawang besar
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 ulas bawang merah (dihiris)
Minyak untuk menumis


Cara penyediaan :

Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis hingga garing.... Angkat dan ketepikan....
Goreng pula ikan masin hingga garing.... Angkat dan ketepikan...

Tumiskan bawang putih dan bawang merah menggunakan minyak yang sama... Masukkan kicap dan sos tiram... kacaukan... Masukkan pula kailan yang telah dipotong dan kacaukan... Masukkan hirisan cili merah dan hirisan bawang besar... Kacaukan... Masukkan sebahagian ikan bilis dan ikan masin yang telah digoreng tadi... Garam tak perlu dimasukkan sebab bahan-bahan lain dah cukup masin... Setelah sayur masak boleh la diangkat dan taburkan baki ikan bilis dan ikan masin yang telah digoreng tadi untuk hiasan... Ok, dah siap....

Rabu, 17 Julai 2013

Menu Berbuka... Lala Timbul Goreng Kunyit

Salam Ramadhan...

Dah 8 hari berpuasa... Tapi, hari ni baru berkesempatan publish entri... Ni adalah menu berbuka puasa hujung minggu baru-baru ni...  Lala timbul goreng kunyit...



Lala Timbul Goreng Kunyit

Bahan-bahan :

1 mangkuk lala timbul
Sedikit serbuk kunyit
1 batang serai (diketuk)
1 batang serai (dihiris)
1 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Hirisan bawang besar
Hirisan cili merah
Sedikit air

Cara penyediaan :
Panaskan minyak dan tumiskan hirisan bawang putih, bawang merah dan serai sehingga kekuningan... Masukkan sedikit serbuk kunyit.... Masukkan lala timbul dan kacaukan... Masukkan serai yang diketuk... Masukkan garam secukup rasa... Goreng hingga masak... Jika nak berkuah, masukkan air secukupnya... Masukkan hirisan bawang besar dan cili merah... Masak hingga bawang dan cili layu... Sedia untuk dihidangkan


**Untuk masak lala timbul ni perlu asingkan lala daripada kulitnya terlebih dahulu... Masak air dalam periuk hingga mendidih... Masukkan satu senduk lala dan kacaukan sehingga isinya tertanggal daripada kulit dan isi lala akan timbul kat permukaan air... Angkatkan isi lala yang timbul dengan menggunakan penapis... Ulangi langkah ini sehingga habis semua lala... Tapi yang saya masak ni... saya ambik kat dalam peti ais ja, sebab bondaku dah siap asingkan isinya... hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...