Selasa, 14 Ogos 2012

Masak Lemak Kulit Kerbau Dengan Belimbing Buluh...

Menu ni saya masak minggu lepas lagi, tak sempat nak postkan entri kat Teratak Resepi Ummi ni..... Hari ni baru berkesempatan menitipkannya.....


Bahan-bahannya :

1 biji kelapa (ambil santannya~asingkan patinya)
Kulit kerbau direbus dan dipotong
7 biji belimbing buluh (dibelah dua)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 batang serai (diketuk)
1 biji cili besar (dihiris)
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara penyediaannya :

Rebuskan kulit kerbau hingga lembut... kemudian potongkan kecil-kecil... Masukkan santan cair ke dalam periuk dan rebuskan... Masukkan serbuk kunyit, bawang merah dan serai.... Apabila mendidih masukkan pula kulit kerbau yang telah dipotong tadi dan masak lagi hingga mendidih... Masukkan pati santan dan masak dengan api perlahan... Masukkan pula belimbing besi dan cili yang telah dihiris... Biarkan di atas api yang perlahan sekejap.... Apabila belimbing sudah masak bolehlah ditutupkan api... Sedia untuk dihidangkan...






Ahad, 12 Ogos 2012

Suci Dalam Debu.... Favourite Yusof

Baru-baru ni Kak Own buat biskut Suci Dalam Debu ni.... rupa-rupanya anak saya suka pulak dengan biskut ni..... Yang dihantar satu bekas kat umah selesai dimakannya, lepas tu dok pi perabih pulak biskut tu kat umah Cu Own dia..... Tak sempat nak hidang raya la jawabnya Kak Own no....

Jadi.... dengan rela hati Ummi Yusof terpaksa buat biskut Suci Dalam Debu jugak.... Biskut ni menggunakan bahan yang simple ja... kosnya pun tak tinggi.... cuma tugasan nak melipat kulit popia tu ja yang menyebabkan sakit jugak tulang belakang ni kalau dok buat sorang-sorang.... Tu la sebabnya dah lama tak meringankan tangan ni untuk membuatnya.... Tapi, memandangkan anak teruna saya ni dah berkenan sangat dengannya, maka dua bungkus kulit popia saya beli..... Resepinya, boleh nengok kat bawah ni.....

Suci Dalam Debu
resepi : rodzita

Bahan-bahannya :

2 bungkus kulit popia
Tepung gandum secukupnya (dibancuh dengan air)
Minyak untuk menggoreng

Bahan debu :

1 bungkus Nestum
Susu tepung secukupnya
Gula pasir secukupnya

Cara-membuatnya :

Kulit popia dipotong empat.... Bukakan helaiannya satu persatu.... Sambil tu bancuhkan tepung gandum dengan air untuk dijadikan gam atau pelekat.... Jangan terlalu cair... nanti mudah terbuka apabila digoreng....
Kemudian lipatkan kulit popia menjadi segi empat sama..... dan gamkan dengan bancuhan tepung gandum di kedua-dua bucu supaya ia tidak terbuka bila digoreng nanti




Ulangi langkah di atas sehingga habis semua kolit popia.... Kemudia gorengkan dengan api sedehana.....

Untuk menyediakan debu atau salutannya.... saya blendkan 1 cawan nestum bersama dengan 4 sudu besar gula pasir.... Kemudian saya campurkan dengan 1/2 cawan susu tepung..... Maka, bermulalah proses salut-menyalut kulit popia yang siap digoreng tadi....

Nasib baik la ada assistant.... ni baru 1 bungkus kulit popia....
Selagi debu tidak mencukupi, ulangi memblend nestum dan gula.... dan dicampur dengan susu....

Untuk dua bungkus kulit popia, saya gunakan lebih kurang 6 cawan nestum ~ means ada lebihan sikit debunya dan saya taburkan lebihan tu ke dalam bekas.... 2 bungkus kulit popia menghasilkan 2 bekas tupperware macam dalam pic kat atas....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...