Ahad, 12 Februari 2012

Kerabu Bunga Betik


Hari ini saya nak titipkan satu resepi iaitu kerabu bunga betik.... Saya memang suka bunga betik ni samada direbus dan dijadikan ulam ataupun dibuat kerabu....

Kata orang...bunga betik ni pahit.... tapi bila dah direbus dan ditoskan rasa pahit tu berkurang.... Tambahan pulak bila dibuat kerabu...hilang la pahitnya tu...


Bahan-bahannya:-

Bunga betik secukupnya (direbus dan ditoskan)
7 tangkai cili kering*
3 batang serai*
4 ulas bawang merah*
1/2 inci halia*
sedikit lada hitam*
1/2 biji kelapa parut*
sedikit air asam jawa*
sedikit belacan* (kalau tak nak letak pun takpe)
garam secukup rasa*
sedikit gula*
3 sudu besar kerisik
isi ikan temenung (boleh juga gunakan udang/sotong yang direbus)

 

Cara menyediakannya :

Semua bahan yang bertanda * diblend bersama....tak perlu masukkan air sebab dah masukkan air asam jawa....


Dah siap blend...masukkan kerisik..... gaul hingga sebati.....Lepas tu masukkan isi ikan dan bunga betik...... isi ikan ni memang dah ada dalam fridge kat umah...jadi apa yang ada je la.... kalau nak masukkan udang atau sotong pun boleh jugak.... Gaulkan hingga sebati...



Dah siap...boleh la dihidangkan.....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...