Isnin, 25 Mac 2013

Ayam Goreng Berempah

Masuk dapur di hujung-hujung minggu sahaja... Itu pun jenuh nak memikirkan menu yang nak dimasak... Macam mana la kawan-kawan yang memang suri rumah full time ya...

Kali ni saya sediakan menu yang ringkas sahaja iaitu; ayam goreng berempah... Selain dari digoreng, ayam yang diperap dengan rempah ni juga sesuai dipanggang... Tapi, memandangkan mood memanggang tak berapa nak tinggi, jadi saya permudahkan urusan di dapur dengan menggoreng sahaja... Ok, resepinya kat bawah... 




Ayam Goreng Berempah
resepi : rodzita

 Bahan-bahannya :

1/2 ekor ayam (potong kecil dan bersihkan)

1/2 sudu teh lada hitam
1 inci halia
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 bungkus serbuk kari ayam
1 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng


Cara penyediaannya :


Tumbuk lada hitam, halia, bawang putih dan bawang merah hingga lumat.... Masukkan serbuk kari ke dalam bekas... Masukkan pula bahan yang telah ditumbuk tadi, sos tiram dan juga garam secukup rasa... Gaulkan hingga rata... Masukkan pula ayam dan gaulkan lagi... Perapkan lebih kurang setengah jam... 



saya perap 1/2 jam ja... kalau lebih pun takda masalah... ok je

Panaskan minyak dalam kuali... Gorengkan sehingga masak/garing dan bolehlah diangkat... Sesuai untuk dimakan dengan nasi atau dimakan begitu sahaja...


Sabtu, 23 Mac 2013

Kerabu Mengkudu+Beluntas+Putat

Sebenarnya hari ni tak berapa beria-ia masak sebab bonda saya nak pi kenduri kat rumah Kak Salmah (kawan sekerja mak dulu)... dan kat kampung pun ada kenduri jugak... Memandangkan saya ada tugasan untuk jadi baby sitter Ishak, saya bercadang nak goreng ikan ja kot untuk lunch... Tengah dok goreng ikan tadi, suami cakap nak makan kerabu... Suami dah siap petik pucuk beluntas... Kemudian tambah sikit ulam yang lain; pucuk mengkudu kecik, mengkudu besar dan sikt pucuk putat... Dan siap parut nyior dan ambilkan serai... Jadi, saya pun prepare ja la bahan-bahan lain untuk buat kerabu... Ok, semak bahan yang saya gunakan untuk buat kerabu ulam ya...


Bahan-bahannya:-

Pucuk putat (dihiris halus)
Pucuk beluntas (dihiris halus
Pucuk mengkudu kecik dan besar (rebus hingga lembut, toskan kemudian hiris halus)

Kerisik secukupnya
Segenggam udang (direbus)
1 labu bawang besar (dihiris)


Bahan kisar :

9 tangkai cili kering
2 batang serai
4 ulas bawang merah
sedikit lada hitam
1 biji kelapa parut (saiz kecil..kalau besar guna 1/2 ja)
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa
gula secukup rasa



Cara menyediakannya :

Masukkan semua bahan kisar dalam blender.... masukkan sikit sahaja air sebab dah masukkan air asam jawa.... Kisarkan hingga halus.....

Masukkan bahan yang siap dikisar ke dalam bekas... Masukkan udang rebus, kerisik dan hirisan bawang besar..... Gaulkan hingga sebati..... Rasa bahan yang digaul tadi... Dah cukup rasa, boleh la masukkan ulam-ulam yang telah dihiris...... Gaulkan semua bahan... Dah siap...boleh la dihidangkan.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...