Khamis, 4 April 2013

Potato Spring

Balik keja petang kelmarin, Yusof bagitau nak makan potato spring... Pandai betoi anak terunaku ni dok susun menu... Nasi tak nak makan... Actually, sebelum ni kat kedai Kamarul kat depan umah saya ni ada jual potato spring ni... tapi, sejak depa dah tak jual ni, kena la Ummi Yusof buat sendiri... Saya buat secara manual sahaja... Boleh la nak melayan selera Yusof ni... So, malam tadi saya dan Yusof berhempas pulas untuk buat potato spring ni... Macam ni la hasilnya ya...



Bahan-bahan :

Ubi kentang
Lidi satay
Garam
Minyak
Mayonis
Sos cili


Cara-caranya :

Kupas ubi kentang... Cucukkan dengan lidi satay...


Hiriskan ubi dengan mengelilinginya menggunakan pisau ke hadapan, sementara tangan yang satu lagi memusingkan kentang ke belakang... Pastikan menghiris hingga ke lidi penyucuk sate...
dah test sebijik kentang, baru la boleh snap untuk upload ke blog...

Hiriskan mengelilingi ubi kentang hingga ke bawah... Hirisan boleh dibuat samada tebal atau nipis... Saya suka hirisan yang nipis, tapi kekadang jadi tebal jugak sebab hiris secara manual ni macam-macam la jadinya... Sat nipis, satgi pulak tebal sikit, satgi pulak terputus... Kena gunakan skill masing-masing la no...

 Tarikkan ubi yang telah dihiris sedikit demi sedikit...

 Tarik sehingga habis semua yang telah dihiris...

Panaskan minyak dalam kuali... Sebelum goreng, basuh dan bersihkan dulu kentang tadi... Gaul la dengan sedikit garam... boleh jugak kalau nak letak serbuk lada... sebelum ni saya letak tapi, kali ni saya tak letak pun serbuk lada... Setelah minyak panas... Gorengkan kentang sehingga garing...

Kegaringan kentang bergantung kepada citarasa masing-masing... Dah garing boleh la diangkat... 
 Hidangkan potato spring bersama sos dan mayonis... Sedap dimakan semasa masih panas...

6 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...