Ni la kuih-muih yang dihidangkan semasa Eidilfitri 1434 H baru-baru ni... Kebanyakannya saya tunjuk ja... ada jugak daripada adik ipar saya... ada jugak yang Kak Own tolong buatkan...hehe... yang saya buat cuma dua ja... Kek dan Almond Rocher... Almaklum saja la, saya demam sebelum raya baru-baru ni... Jadi, redha dan syukur saja la dengan rezeki yang ada ni ya... Alhadulillah...
Almond Rocher
sumber inspirasi :
http://www.dapur-ummi.blogspot.com
Bahan-bahan :
1 kg badam yang dicincang panjang
1/4 bar dark compound
1/4 bar milk compound
Coklat aneka warna secukupnya
Paper cup secukupnya
** 1 bar dark/milk compound tu 1 kg dan memang ada 4 bahagian... So, just patahkan 1 bahagian sahaja untuk dicairkan...
**badam yang saya gunakan tu 500 gram sebungkus... So, kalau nak buat 1 kg kena la beli 2 bungkus...
Cara-caranya :
Badam diletakkan di dalam loyang dan dibakar sehingga keperangan... Biarkan badam sejuk....
Dark compound dan milk compound dimasak secara double boiled sehingga cair.... Biarkan seketika sehingga sejuk....
Masukkan coklat yang telah dicairkan ke dalam bekas bersama-sama badam...Gaul rata...
Masukkan pula ke dalam paper cup dan hiaskan dengan taburan coklat aneka warna... Setelah siap letakkan ke dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit... Dah beku coklat, bolehlah dikeluarkan dari peti ais dan disimpan ke dalam bekas...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan