Kali ni nak titipkan menu tengahari tadi... Masak mudah-mudah saja hari ni sebab takda sapa kat rumah... Saya sorang ja nak makan... Bonda pi kenduri kat Kepala Batas dengan Ngah, Pak Lang & Teh Pat... Lepas tu nak pi rumah Ndak pulak kat Permatang Manggis... Yusof pi sekolah... Abangku pun takda kat rumah... Ishak ja yang ada... So, bila I sorang ja nak menjamu selera, masak yang mudah dan ringkas sahaja la... So, menu hari ni adalah ~Sambal Telur Pecah~... Ok, bahan-bahannya kat bawah ni yer....
3 biji telur ayam
*7 tangkai cili kering
*4 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Hirisan bawang besar
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
Bahan tumis :
1 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
Cara penyediaannya :
Kisar bahan bertanda * dan ketepikan...
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris sehingga kekuningan... Masukkan bahan kisar tadi... Masukkan air asam jawa, garam dan gula... Masak semua bahan sehingga pecah minyak... Setelah itu, masukkan air dan biar hingga mendidih... Pecahkan telur di dalam sambal sebiji demi sebiji... Biarkan telur mengeras di dalam kuah sambal... Setelah telur masak, pastikan sambal cukup rasanya... Masukkan hirisan bawang besar dan kacau... Setelah bawang layu, bolehlah diangkat dan dihidangkan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan