Isnin, 14 September 2015

Masak Lemak Siput Sedut




Dah lama entri ni kat dalam folder... hari ni baru sempat nak publish....
Siput sedut ni suami saya cari kat sungai.... Memang banyak tapi sebab ramai yang pakat tolong potong bontot siput... cepat la sikit boleh masaknya....


Bahan-bahannya :

Siput (dipotong bahagian bawah/bontot siput)
3 biji kelapa (perah santan, asingkan pekat dan cair)
5 batang serai (diketuk)
3 keping asam gelugor
Serbuk kunyit
2 biji cili merah (dimayang)
2 labu bawang besar (dibelah 6)
Garam secukup rasa



Cara penyediaannya pula :

Masukkan santan cair ke dalam periuk... Masukkan bawang merah yang telah dihiris, serbuk kunyit, serai dan asam keping.... Rebuskan hingga mendidih..... Masukkan pula siput dan rebus lagi hingga masak... Masukkan garam secukup rasa.... Masukkan santan pekat dan perlahankan api untuk elakkan kuah pecah minyak... Masukkan cili merah yang telah dimayang dan bawang besar..... Biarkan di atas api perlahan seketika..... Dah masak boleh la dihidangkan......


1 ulasan:

  1. Hello admin. I dh try dh recepi ni. Mmg sedap and menjadi. Thx ya for sharing. Anyway, jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

    >>>Tips Turun Berat Semula Jadi!<<<

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...