Isnin, 17 November 2014

Kek untuk jamuan akhir tahun kelas Yusof

Setelah beberapa bulan teratak ni sepi, hari ni baru berkesempatan untuk publish entri... Kali ni nak share resepi kek yang dibuat kelmarin untuk jamuan akhir tahun kelas Yusof... Resepi kek ni diperturunkan daripada bonda saya... Dah lama jugak tak buat kek biasa ni sebab sekarang ni selalu dok buat kek coklat kukus... tapi, memandangkan Yusof nak bawak kek tak coklat... maka, Ummi gigihkan diri masuk dapur jugak la... Ni la hasilnya....


Ok, ni resepinya....

Bahan bahan :

300 gm margerin (boleh juga campurkan margerin dengan butter)
300 gm gula pasir (saya kurangkan sikit sukatannya -50gm)
300 gm tepung gandum
1 sudu baking powder
6 biji telur (saiz A)

Cara-caranya :

1. Ayak tepung bersama baking powder. (ketepikan)
2. Oleskan loyang dengan margerin. (ketepikan)
3. Masukkan margerin dan gula pasir ke dalam bekas dan pukul sehingga kembang.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji diselang-seli dengan tepung yang telah diayak tadi.
5. Gaulkan bahan-bahan hingga sebati.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang.
7. Bakar dalam oven pada suhu 180 - 200 darjah lebih kurang 45 minit.

Khamis, 8 Mei 2014

Kerabu Mempelam Dengan Kaki Ayam

Hari ni baru sempat nak godek Teratak Resepi Ummi... Menu ni dah dua hari lepas sebenarnya... Mula-mula tu nak buat kerabu kaki ayam, tapi my bonda cakap, "Pi la ambik buah pelam sebijik kat pokok." Saya pun cari la pokok yang berbuah, nasib baik la kat reban ayam Pak Lang Din pokok tu rendah ja... takyah guna galah untuk kait... Sebab tu la jadi kerabu mempelam ni..... Ni la hasil air tangan my bonda sebenarnya... Saya just sediakan bahan jer..... :)



Bahan-bahan :

1 biji mempelam(diparut)
10 pasang kaki ayam (direbus dan buang tulang)
1 inci halia
6 biji cili padi (dihiris)
1 kuntum bunga kantan (dihiris)
Sedikit suun (dicelur)
Sedikit kacang tanah (ditumbuk)
Garam dan gula secukup rasa


Cara-caranya :

Rebus kaki ayam hingga masak... Masukkan halia untuk hilangkan bau... Masukkan juga garam... Kena rebus lama sikit sehingga kembang supaya mudah nak ambil isinya nanti... tulang dibuang ye... Dah siap, ketepikan....

Mempelam diparut... cili padi dan bunga kantan dihiris.... Kacang tanah memang dah ada stok yang ditumbuk.... So, semua bahan dah cukup.... Gaulkan semua dan letakkan garam dan gula secukup rasa.... Ok, siap untuk dihidangkan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...