Ahad, 18 Ogos 2013

Sambal Telur Pecah...



Kali ni nak titipkan menu tengahari tadi... Masak mudah-mudah saja hari ni sebab takda sapa kat rumah... Saya sorang ja nak makan... Bonda pi kenduri kat Kepala Batas dengan Ngah, Pak Lang & Teh Pat... Lepas tu nak pi rumah Ndak pulak kat Permatang Manggis... Yusof pi sekolah... Abangku pun takda kat rumah... Ishak ja yang ada... So, bila I sorang ja nak menjamu selera, masak yang mudah dan ringkas sahaja la... So, menu hari ni adalah ~Sambal Telur Pecah~... Ok, bahan-bahannya kat bawah ni yer....


Bahan-bahannya :

3 biji telur ayam
*7 tangkai cili kering
*4 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Hirisan bawang besar
Minyak untuk menumis
Air secukupnya

Bahan tumis :

1 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)


Cara penyediaannya :

Kisar bahan bertanda * dan ketepikan...

Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris sehingga kekuningan... Masukkan bahan kisar tadi... Masukkan air asam jawa, garam dan gula... Masak semua bahan sehingga pecah minyak... Setelah itu, masukkan air dan biar hingga mendidih... Pecahkan telur di dalam sambal sebiji demi sebiji... Biarkan telur mengeras di dalam kuah sambal... Setelah telur masak, pastikan sambal cukup rasanya... Masukkan hirisan bawang besar dan kacau... Setelah bawang layu, bolehlah diangkat dan dihidangkan...

Jumaat, 9 Ogos 2013

Kuih Raya Eidilfitri... Homemade Almond Rocher...



Ni la kuih-muih yang dihidangkan semasa Eidilfitri 1434 H baru-baru ni... Kebanyakannya saya tunjuk ja... ada jugak daripada adik ipar saya... ada jugak yang Kak Own tolong buatkan...hehe... yang saya buat cuma dua ja... Kek dan Almond Rocher... Almaklum saja la, saya demam sebelum raya baru-baru ni... Jadi, redha dan syukur saja la dengan rezeki yang ada ni ya... Alhadulillah...


Ni satu-satunya biskut raya yang sempat saya buat semasa cuti ari tu... Resepinya saya intai kat Dapur Ummi... Cuma hiasannya saya letak taburan coklat aneka warna... Nak titipkan resepinya kat sini pulak ye Kak Kin...



Almond Rocher

sumber inspirasi  : 
http://www.dapur-ummi.blogspot.com


Bahan-bahan :

1 kg badam yang dicincang panjang
1/4 bar dark compound
1/4 bar milk compound
Coklat aneka warna secukupnya
Paper cup secukupnya


** 1 bar dark/milk compound tu 1 kg dan memang ada 4 bahagian... So, just patahkan 1 bahagian sahaja untuk dicairkan...
**badam yang saya gunakan tu 500 gram sebungkus... So, kalau nak buat 1 kg kena la beli 2 bungkus...


Cara-caranya :


Badam diletakkan di dalam loyang dan dibakar sehingga keperangan... Biarkan badam sejuk.... 

Dark compound dan milk compound dimasak secara double boiled sehingga cair.... Biarkan seketika sehingga sejuk....
Masukkan coklat yang telah dicairkan ke dalam bekas bersama-sama badam...Gaul rata...
Masukkan pula ke dalam paper cup dan hiaskan dengan taburan coklat aneka warna... Setelah siap letakkan ke dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit... Dah beku coklat, bolehlah dikeluarkan dari peti ais dan disimpan ke dalam bekas...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...