Khamis, 25 Julai 2013

Pizza Maggi

Puasa-puasa ni lagi macam-macam request Yusof ni... tapi ikutkan saja la sebab anakanda sorang ni puasa... teringin macam-macam... Teringin nak makan ais kacang... melilau kat Jalan Kuala Kedah ni saya cari... Nak makan telur masak kicap... ok la sebab senang ja nak masak... Ni nak makan pizza maggi pulak... Ummi buatkan aje la no... Ok, resepinya kat bawah ni.....:)

Pizza Maggi
resepi : rodzita

Bahan-bahannya :

3 bungkus mee maggi (dicelur)
3/4 paket serbuk perisa kari maggi
4 biji telur
Sosej secukupnya (dipotong)
Sedikit daun sup (dipotong halus)
1 ulas bawang merah (dicincang halus)
Minyak untuk menggoreng




Cara menyediakannya :

Celurkan mee maggi.... ketepikan... Gorengkan sosej tanpa minyak seketika... ketepikan...

Pecahkan telur di dalam bekas... Masukkan serbuk perisa kari... Kacau telur bersama serbuk tersebut hingga sebati... Masukkan bawang merah dan daun sup... Gaul rata... Masukkan mee maggi yang telah dicelur.... Masukkan sosej.... Kacau rata... Panaskan minyak dalam kuali... Masukkan satu senduk mee maggi ke dalam kuali... Sosej tu~boleh susun la sikit kat bahagian atas maggi tersebut...Setelah garing di bahagian bawah... Alihkan dan goreng bahagian tersebut sehingga masak... Pizza ni boleh dimakan begitu sahaja atau bersama sos dan mayonis atau makan bersama sos thousand island...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...