Begedil ikan ni adalah menu hujung minggu lepas... Baru nak publish hari ni... Nak buat macam mana...busy sikit kebelakangan ni...
Bahan yang saya gunakan sama jugak cuma saya masukkan kangkung sebagai ganti kepada daun sup... Ok, resepinya di bawah...
BEGEDIL IKAN DENGAN KANGKUNG
resepi : rodzita
Bahan-bahannya :
8 -10 ekor ikan temenung (direbus dan ambil isinya sahaja)
2 biji ubi kentang ~ saiz besar...kalau kecil gunakan 3 biji (direbus dengan kulitnya)
4 ulas bawang merah
sedikit lada hitam
sedikit jintan manis (kalau suka...kalau tak suka takyah masukkan)
sedikit kangkung (dihiris halus)
garam secukup rasa
1 biji telur
Cara-caranya :
1. Kupas kulit ubi kentang yang telah direbus... kemudian lecekkan ubi tadi...... ketepikan...
2. Isi ikan ditumbuk....ataupun kisar jer dengan blender kering..... ketepikan...
3. Tumbuk lada hitam, jintan manis dan bawang merah hingga hancur.... kalau nak mudah, blend jer.....
4. Kangkung pula dihiris halus.....
6. Masukkan telur...... Gaulkan...
7. Bentukkan bahan-bahan yang digaul tadi menjadi bebola dan leperkan....
8. Setelah begedil masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.... Boleh dimakan bersama nasi atau dimakan begitu saja cicah dengan sos.....
**kalau taknak tumbuk bahan-bahan di atas, boleh juga gunakan blender kering untuk kisar...
***kalau nak tengok step by step boleh klik kat SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan