Khamis, 30 Mei 2013

Meehoon Goreng dengan Telur Itik

Kali ni nak titipkan menu breakfast minggu lepas... ~Meehoon Goreng dengan Telur Itik~ Sebelum masak tu, saya belek-belek dalam peti ais... nampaknya ada udang, telur itik dan carrot... so, breakfast mudah-mudah ja dengan meehoon goreng...


Meehoon Goreng dengan Telur Itik

Bahan-bahannya :

1 bungkus meehoon (direndam)
3 biji telur itik
Udang saiz kecil
1/2 batang carrot (dihiris)
Serbuk lada hitam secukupnya
Sos tiram secukupnya
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 ulas bawang merah (dihiris)
Sedikit cuka
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya
Hirisan cili merah dan cili padi untuk hiasan

Cara penyediaan :

Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hancur telur itik... ketepikan...

Masukkan minyak lagi ke dalam kuali dan panaskan... Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan... Masukkan serbuk lada hitam, sos tiram dan sedikit cuka... Masakkan seketika hingga pecah minyak... Masukkan garam dan kacau.... Masukkan udang dan carrot yang telah dihiris.... Kacaukan hingga rata.... Setelah udang masak, masukkan meehoon dan kacau hingga rata... Masukkan pula telur yang telah digoreng hancur tadi... Kacau rata... Pastikan rasa meehoon sebelum ditutup api... Setelah siap semuanya, bolehlah diangkat dan dihidangkan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...